Wednesday, March 2, 2016

Takaful Kereta Persendirian (Takaful Motor)

Takaful Kereta Persendirian Komprehensif memastikan setiap tuntutan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya perjalanan kehidupan harian anda tidak terjejas tanpa sebarang halangan.

Apakah yang anda perolehi dengan Takaful Persendirian Komprehensif ini?

1. Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda, akibat:-
  • Pelanggaran - jika disebabkan oleh kemalangan atau kerosakan mekanikal.
  • Objek yang terjatuh - kecuali disebabkan oleh banjir, ribut atau malapetaka semulajadi.
  • Kebakaran, letupan atau disambar petir.
  • Rompakan, pecah kereta atau kecurian.
  • Dan lain-lain sebab yang dibenarkan.
2. Liabiliti pihak ketiga, akibat:-
  • Kematian atau kecederaan tubuh kepada pihak ketiga
  • Kerosakan kepada harta-benda pihak ketiga oleh kereta anda
  • Kos perundangan yang dikenakan sehingga had yang dibenarkan. 

Apakah yang tidak dilindungi dibawah seksyen "Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda?"
  • Kerugian turutan seperti kehilangan pendapatan akibat perlanggaran.
  • Kehilangan kegunaan kereta
  • Susutnilai, haus dan lusuh normal bagi kereta
  • Kerosakan pada tayar kereta anda melainkan kereta tersebut rosak pada masa yang sama
  • Jumlah lebihan yang tidak dinyatakan didalam polisi anda.

Apakah yang tidak dilindungi dibawah seksyen "Liabiliti pihak ketiga?"
  • Kematian atau kecederaan tubuh kepada mana-mana penumpang yang dibawa untuk upah / ganjaran
  • Kerosakan kepada mana-mana harta-benda pihak ketiga dibawah pemilikan anda
  • Liabiliti kepada mana-mana ahli keluarga anda
  • Sebarang tuntutan atau tindakan undang-undang di luar Malaysia, Singapura atau Negara Brunei Darussalam.

Apakah perlindungan TAMBAHAN dibawah polisi ini?
  • Perlindungan cermin depan kereta - meliputi cermin kereta depan dan tingkap sekiranya berlaku keretakan / pecah. (NCD tidak terjejas dan sebarang lebihan di bawah polisi tidak akan dikenakan)
  • Perlindungan aksesori tambahan - meliputi akibat kehilangan atau kerosakan. (NCD tidak terjejas dan sebarang lebihan dibawah polisi tidak akan dikenakan)
  • Perlindungan pemandu tambahan - Meliputi perlindungan takaful kepada nama tambahan pemandu
  • Perlindungan kerosakan banjir - melindungi kereta anda terhadap kerosakan kereta disebabkan oleh Banjir, Taufan, Hurikan atau Ribut Kencang
  • Perlindungan kemusnahan awam - melindungi kereta daripada kehilangan atau kerosakan disebabkan mogok, rusuhan atau kekecohan awam
  • Liabiliti penumpang disisi undang-undang - melindungi anda terhadap sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda  
  • Liabiliti undang-undang kepada penumpang -  melindungi kereta anda terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda. (Perlindungan ini adalah wajib sekiranya anda memandu kereta anda di Singapura).

Pelan ini mempunyai bantuan kerosakan bagi tempoh 24 jam dengan khidmat Auto Assist. Perkhidmatan yang diperolehi seperti berikut:-
  • Perkhidmatan Tunda Kecemasan Kereta & Pembaikpulih Tepian Jalan 24 Jam  
  • Bantuan pengangkutan alternatif
  • Khidmat untuk mengatur kemudahan penginapan hotel  
  • Rujukan ke Pusat Servis
  • Khidmat Pesanan Kecemasan untuk anda menghubungi keluarga dan orang tersayang jika berlakunya kemalangan
Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk RENEW takaful motor anda hari ini.

No comments:

Post a Comment