Tuesday, March 15, 2016

Keperihatinan Organisasi terhadap warga kerja

Warga kerja merupakan aset penting kepada sesebuah organisasi dalam merealisasikan objektif penubuhannya. Tidak kiralah samada ianya ditubuhkan hanya untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan (NGO), apatah lagi jika ianya merupakan tempat untuk menjana keuntungan (PROFIT CENTER). Sudah pasti berbagai aktiviti dirancang dengan teliti bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap warga yang terlibat diminta untuk memberi tumpuan dan komitmen supaya setiap perancangan menjadi kenyataan.

Musibah atau kecelakaan semasa menjalankan tugas seringkali datang tanpa diundang. Menjadi satu persoalan bagaimana kesudahan episod kehidupan mereka yang ditimpa musibah ini. Adakah masih berpeluang untuk hadir ke tempat kerja seperti sediakala; menyiapkan segala kerja yang terbengkalai atau terpaksa diberhentikan atas faktor kesihatan akibat kecelakaan yang dialami sebelum ini? Tiada daya dan kekuatan manusia menentukannya, melainkan Alllah yang lebih tahu.

Skim Takaful Kelompok adalah salah satu kaedah digunakan oleh banyak Organisasi dalam menunjukkan keperihatinan mereka terhadap kebajikan warga kerja atau ahlinya tanpa mengira bangsa dan agama.

Manfaat kewangan disediakan kepada peserta adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:-
  1. Kematian (akibat kemalangan atau biasa)
  2. Hilang upaya kekal menyeluruh (akibat kemalangan atau biasa)
  3. Kos rawatan perubatan
  4. Elaun hospital bagi setiap kemasukan ke wad
  5. Kos pengurusan jenazah (khairat kematian)
Manfaat kewangan ini juga dapat dipanjangkan kepada ahli keluarga peserta Skim Takaful Kelompok ini, terutama bagi yang melibatkan kos rawatan hospital dan pembedahan.

Selain daripada itu, Skim Takaful Kelompok ini juga memberi peluang kepada warga kerja atau ahlinya membuat tabungan bagi skim persaraan secara berkumpulan; dengan bayaran yang rendah.

Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.

No comments:

Post a Comment