Produk

Terdapat berbagai produk yang menawarkan perlindungan terhadap aset dan hartabenda serta jaminan kewangan keluarga mengikut keperluan anda atau organisasi anda. Berikut merupakan antara kategori produk yang ada di pasaran :- 
  1. Produk Takaful Am -  Perlindungan terhadap aset dan hartabenda anda samada yang melibatkan kenderaan, bangunan, hartabenda anda termasuk rumah, barangan dalam rumah, dan sebagainya.
  2. Produk Takaful Kelompok - Menawarkan perlindungan Takaful kepada pekerja atau ahli sesebuah organisasi atau syarikat, dalam menjaga kepentingan dan kebajikan, tanpa mengira bangsa atau agama.
  3. Produk Kad Perubatan Medisavers VIP Ehsan - Menawarkan program penjagaan kesihatan yang komprehensif.
  4. Produk Takaful Keluarga - Menawarkan jaminan kewangan kepada anda dan keluarga pada saat yang tidak diduga.
Produk Takaful Am
 
Pelbagai jenis produk dalam kategori ini ditawarkan, berdasarkan kepada keperluan organisasi atau syarikat, berdasarkan kepada keperluan. Antaranya:-
  1. Takaful Motor - mendapatkan perlindungan komprehensif terhadap kenderaan anda atau syarikat akibat kemalangan, bencana yang dilindungi, aksesori kenderaan anda dsbnya.
  2. Indemniti Profesional - pampasan kewangan terhadap salah laku atau kesilapan yang dilakukan oleh kategori profesional yang dilindungi. 
  3. Takaful Umrah / Ziarah - pampasan kewangan terhadap para jemaah yang menunaikan umrah/haji terhadap sebarang kecederaan kepada anggota badan yang dialami.
  4. Workmen's Compensation - pampasan kewangan kepada pekerja-pekerja terhadap kecederaan atau penyakit yang mereka alami berpunca daripada kemalangan atau sebagainya yang berlaku ditempat kerja mereka. 
  5. Contractor All Risks - pampasan kewangan terhadap kerugian fizikal atau kerosakan terhadap hasil kerja pembinaan, construction plant, peralatan, mesin-mesin yang terlibat semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan.
  6. Takaful Kebakaran - pampasan kewangan terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, letupan (domestik) atau kilat atau lain-lain punca kebakaran yang dilindungi, ke atas harta benda seperti bangunan kediaman, kedai, kompleks membeli-belah, kilang perindustrian dan apa jua bentuk premis perniagaan dan juga isi kandungannya.
  7. Takaful Milikku - pampasan kewangan terhadap kerugian atau kerosakan kepada bangunan kediaman, flat atau kondominium akibat kebakaran, kilat, letupan, tanah runtuh atau lain-lain sebab yang dilindungi.
  8. Takaful Barangan Dalam Rumah (Householder) - pampasan kewangan terhadap kerugian atau kerosakan barangan didalam bangunan kediaman, flat ataupun kondominium.
  9. Takaful Kembara PA - pampasan kewangan terhadap musibah yang tidak dijangka semasa mengembara sebagai individu atau bersama keluarga. Jadikan pengembaraan anda sebagai satu kenangan dan pulang tanpa kebimbangan.
  10. Dan lain-lain produk. 
Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.

Produk Takaful Kelompok

Berikut merupakan senarai ringkas skim perlindungan Takaful yang ditawarkan kepada organisasi atau syarikat yang memerlukan. Organisasi yang dimaksudkan termasuk Koperasi, Persatuan, Pertubuhan, Kesatuan, Organisasi, Agensi Berkanun atau Syarikat, Universiti / Kolej / Sekolah / Tadika / Taska dalam menjaga kepentingan dan kebajikan para pekerja atau ahlinya. Skim ini boleh disertai oleh semua bangsa tanpa mengira agama. Antaranya:-
  1. Pelan Takaful Keluarga Bertempoh (GTT) - Menyediakan manfaat kewangan kepada peserta jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh menyebabkan peserta hilang pendapatan sendiri untuk menyara keluarga.
  2. Pelan Takaful Hospital dan Pembedahan Berkumpulan (GHS) - Menyediakan manfaat kos rawatan hospital kepada peserta dan ahli keluarga mereka.
  3. Pelan Takaful Keluarga Khairat Kematian Berkumpulan - Menyediakan manfaat kewangan kepada waris jika peserta meninggal dunia.
  4. Pelan Takaful Keluarga Persaraan Berkumpulan - Menyediakan manfaat kewangan kepada peserta dan pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh. Pelan ini juga memberi manfaat tabungan untuk simpanan persaraan peserta.

Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.

Produk Kad Perubatan Medisavers VIP Ehsan
Program keahlian penjagaan kesihatan komprehensif menawarkan 2 manfaat utama:

1. Pencegahan Kesihatan (Health Prevention)
    - melalui ujian saringan kesihatan tahunan yang diberi percuma kepada pemegang kad perubatan. Senarai ujian yang diberikan:

    a. 52 jenis ujian saringan kesihatan (bernilai RM220)
        - antaranya Saringan Diabetes, Fungsi Renal, Lipid Profile, Ujian Fungsi Hati, Serologi,  
          Hematologi, Saringan Hepatitis B, Saringan Tiroid, Saringan Artritis Reumatoid, 
          Pemeriksaan air kencing dan lain-lain lagi.

b. Ujian Penanda Kanser (bernilai RM370)
    - untuk lelaki => Pemeriksaan Kanser Berkaitan Hati, Usus Besar, Perut dan Prostat
    - untuk wanita => Pemeriksaan Kanser berkaitan Hati, Usus, Perut, Ovari dan Payudara.

2. Perlindungan Kesihatan (Health Protection)
    - melalui kad perubatan untuk penghospitalan dan pembedahan, yang menawarkan
      manfaat yang hebat untuk anda, antaranya:
      a. TIADA Had seumur hidup (NO lifetime limit)
      b. TIADA Had Tahunan
      c. Had setiap penyakit sehingga RM1,000,000
      d. TIADA had hari bagi bilik hospital dan makan (Room & Board)
      e. TIADA had hari bagi kemasukan unit rawatan rapi (ICU)
      f. Bantuan kecemasan 24 jam ke seluruh dunia (bernilai USD1,000,000)
         - pemindahan kecemasan dan penghantaran balik (Emergency evacuation & 
           Repatriation)
         - Penghantaran balik jenazah (Repatriation of Mortal remains)
       
Program keahlian ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja samada lelaki, wanita, bayi juga warga emas termasuk ibu-bapa dan mertua. Penyertaan bermula dari umur
30 hari hingga umur 70 tahun dan Had umur akhir penyertaan adalah 70 tahun.

Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.

Produk Takaful Keluarga
Produk ini ditawarkan kepada individu yang memerlukan dalam memastikan dirinya dan keluarga mempunyai jaminan kewangan pada saat ditimpa musibah. Anda tentu lebih gembira mengetahui bahawa anda dan keluarga dilindungi dengan baik pada ketika itu. Antara kategori pelan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
  1. Perlindungan - Perancangan awal yang teliti dapat melindungi anda dan orang tersayang untuk menempuh hidup dengan selesa tanpa sebarang kesulitan. Pelan ini menawarkan pampasan kewangan terhadap kejadian yang tidak diingini berlaku yang boleh menyebabkan kecederaan, hilang upaya atau kehilangan orang yang tersayang.
  2. Kesihatan - Satu daripada aspek penting untuk kehidupan yang sempurna ialah kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menjangkakan bila anda akan menghadapi masalah kesihatan. Membelanjakan sebahagian daripada wang anda untuk pelan kesihatan dapat menyediakan perlindungan yang lengkap terhadap situasi-situasi yang boleh menyebabkan masalah kewangan kepada anda.
  3. Pendidikan - Pengajian tinggi merupakan salah satu jalan untuk memperolehi peluang perkerjaan yang baik. Anak-anak adalah aset terbaik untuk masa depan yang cerah. Seharusnya tabung pendidikan yang mencukupi dapat membiaya pendidikan mereka di masa depan dengan terjaga dan terjamin.
  4. Simpanan - Simpanan sejumlah wang dengan sempurna disamping mendapat perlindungan yang sewajarnya. Ini dapat meningkatkan sumber kekayaan anda sambil anda merancang kewangan masa depan yang penuh gemilang dengan tenang
Maklumat produk ini bukan sebahagian daripada kontrak Takaful. Untuk maklumat lengkap boleh merujuk kepada Sijil Takaful.