Thursday, January 31, 2019

Medical Card Medisavers


Pilihan Medical Card terbaik utk anda dan keluarga



Peluang terbuka kepada mereka yang tercari-cari Medical Card yang berbaloi-baloi atau yang tak sure samada limit cukup ke tak bila nak guna nanti..

Apa itu Program Medisavers?

Medisavers merupakan program Keahlian Penjagaan Kesihatan terulung masa kini, yang juga merupakan Kad Medikal terbaik di Malaysia!

Kenapa Medisavers menjadi pilihan?

  • Pakej keahlian penjagaan kesihatan yang efektif serta dapat dikongsi dengan seluruh ahli keluarga. Bukan hanya anda yang mendapat kelebihannya, tetapi juga pasangan, anak juga ibu bapa anda.
  • TIADA had tahunan
  • TIADA had seumur hidup
  • Saringan Kesihatan Komprehensif Tahunan bagi 52 jenis ujian
  • Saringan Penanda Kanser Tahunan bagi 5 jenis kanser bagi wanita dan 4 jenis kanser bagi lelaki
  • Jaminan diperbaharui sehingga tahun 2115 
  • TOPUP jumlah had bilik hospital (Room & Board)
  • TOPUP jumlah had setiap hilang upaya  
  • Pengurusan pemindahan perubatan kecemasan serta penghantaran balik seluruh dunia 24 jam bernilai maksimum USD1,000,000 (24 hour Worlwide Emergency Evacuation and Repatriation Services worth USD1,000,000 max
  • Penghantaran balik jenazah dari luar negara ke Malaysia bernilai USD1,000,000
  • Pakej yang merangkumi program diskaun tahunan
  • Had akhir umur penyertaan adalah 70 tahun

Jenis Program yang anda boleh pilih:

1. Program Prinsipal
2. Program Pasangan
3. Program Kanak-Kanak
3. Program Warga Emas (ibu bapa / mertua)


Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.
Peluang melangkah bersama kami sebagai Penasihat Keahlian.

Kelebihan
  • Menawarkan pendapatan tanpa had sekaligus membentuk dana pencen.
  • Tiada kuota tahunan
  • Tiada CPD hours

Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, March 15, 2016

Keperihatinan Organisasi terhadap warga kerja

Warga kerja merupakan aset penting kepada sesebuah organisasi dalam merealisasikan objektif penubuhannya. Tidak kiralah samada ianya ditubuhkan hanya untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan (NGO), apatah lagi jika ianya merupakan tempat untuk menjana keuntungan (PROFIT CENTER). Sudah pasti berbagai aktiviti dirancang dengan teliti bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap warga yang terlibat diminta untuk memberi tumpuan dan komitmen supaya setiap perancangan menjadi kenyataan.

Musibah atau kecelakaan semasa menjalankan tugas seringkali datang tanpa diundang. Menjadi satu persoalan bagaimana kesudahan episod kehidupan mereka yang ditimpa musibah ini. Adakah masih berpeluang untuk hadir ke tempat kerja seperti sediakala; menyiapkan segala kerja yang terbengkalai atau terpaksa diberhentikan atas faktor kesihatan akibat kecelakaan yang dialami sebelum ini? Tiada daya dan kekuatan manusia menentukannya, melainkan Alllah yang lebih tahu.

Skim Takaful Kelompok adalah salah satu kaedah digunakan oleh banyak Organisasi dalam menunjukkan keperihatinan mereka terhadap kebajikan warga kerja atau ahlinya tanpa mengira bangsa dan agama.

Manfaat kewangan disediakan kepada peserta adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:-
  1. Kematian (akibat kemalangan atau biasa)
  2. Hilang upaya kekal menyeluruh (akibat kemalangan atau biasa)
  3. Kos rawatan perubatan
  4. Elaun hospital bagi setiap kemasukan ke wad
  5. Kos pengurusan jenazah (khairat kematian)
Manfaat kewangan ini juga dapat dipanjangkan kepada ahli keluarga peserta Skim Takaful Kelompok ini, terutama bagi yang melibatkan kos rawatan hospital dan pembedahan.

Selain daripada itu, Skim Takaful Kelompok ini juga memberi peluang kepada warga kerja atau ahlinya membuat tabungan bagi skim persaraan secara berkumpulan; dengan bayaran yang rendah.

Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.

Wednesday, March 2, 2016

Takaful Kereta Persendirian (Takaful Motor)

Takaful Kereta Persendirian Komprehensif memastikan setiap tuntutan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya perjalanan kehidupan harian anda tidak terjejas tanpa sebarang halangan.

Apakah yang anda perolehi dengan Takaful Persendirian Komprehensif ini?

1. Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda, akibat:-
  • Pelanggaran - jika disebabkan oleh kemalangan atau kerosakan mekanikal.
  • Objek yang terjatuh - kecuali disebabkan oleh banjir, ribut atau malapetaka semulajadi.
  • Kebakaran, letupan atau disambar petir.
  • Rompakan, pecah kereta atau kecurian.
  • Dan lain-lain sebab yang dibenarkan.
2. Liabiliti pihak ketiga, akibat:-
  • Kematian atau kecederaan tubuh kepada pihak ketiga
  • Kerosakan kepada harta-benda pihak ketiga oleh kereta anda
  • Kos perundangan yang dikenakan sehingga had yang dibenarkan. 

Apakah yang tidak dilindungi dibawah seksyen "Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda?"
  • Kerugian turutan seperti kehilangan pendapatan akibat perlanggaran.
  • Kehilangan kegunaan kereta
  • Susutnilai, haus dan lusuh normal bagi kereta
  • Kerosakan pada tayar kereta anda melainkan kereta tersebut rosak pada masa yang sama
  • Jumlah lebihan yang tidak dinyatakan didalam polisi anda.

Apakah yang tidak dilindungi dibawah seksyen "Liabiliti pihak ketiga?"
  • Kematian atau kecederaan tubuh kepada mana-mana penumpang yang dibawa untuk upah / ganjaran
  • Kerosakan kepada mana-mana harta-benda pihak ketiga dibawah pemilikan anda
  • Liabiliti kepada mana-mana ahli keluarga anda
  • Sebarang tuntutan atau tindakan undang-undang di luar Malaysia, Singapura atau Negara Brunei Darussalam.

Apakah perlindungan TAMBAHAN dibawah polisi ini?
  • Perlindungan cermin depan kereta - meliputi cermin kereta depan dan tingkap sekiranya berlaku keretakan / pecah. (NCD tidak terjejas dan sebarang lebihan di bawah polisi tidak akan dikenakan)
  • Perlindungan aksesori tambahan - meliputi akibat kehilangan atau kerosakan. (NCD tidak terjejas dan sebarang lebihan dibawah polisi tidak akan dikenakan)
  • Perlindungan pemandu tambahan - Meliputi perlindungan takaful kepada nama tambahan pemandu
  • Perlindungan kerosakan banjir - melindungi kereta anda terhadap kerosakan kereta disebabkan oleh Banjir, Taufan, Hurikan atau Ribut Kencang
  • Perlindungan kemusnahan awam - melindungi kereta daripada kehilangan atau kerosakan disebabkan mogok, rusuhan atau kekecohan awam
  • Liabiliti penumpang disisi undang-undang - melindungi anda terhadap sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda  
  • Liabiliti undang-undang kepada penumpang -  melindungi kereta anda terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda. (Perlindungan ini adalah wajib sekiranya anda memandu kereta anda di Singapura).

Pelan ini mempunyai bantuan kerosakan bagi tempoh 24 jam dengan khidmat Auto Assist. Perkhidmatan yang diperolehi seperti berikut:-
  • Perkhidmatan Tunda Kecemasan Kereta & Pembaikpulih Tepian Jalan 24 Jam  
  • Bantuan pengangkutan alternatif
  • Khidmat untuk mengatur kemudahan penginapan hotel  
  • Rujukan ke Pusat Servis
  • Khidmat Pesanan Kecemasan untuk anda menghubungi keluarga dan orang tersayang jika berlakunya kemalangan
Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk RENEW takaful motor anda hari ini.

Pinjaman kenderaan - beban kewangan kepada keluarga yang ditinggalkan

Memandu di jalan raya merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Memandu ke tempat kerja, keluar bertemu rakan-rakan, atau pulang kepangkuan yang tersayang. Musibah tidak diduga. Pastikan beban ansuran kenderaan anda tidak diwarisi oleh keluarga tersayang.

Hanya dengan nilai serendah RM70 setahun.

"Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunih di jalan raya Malaysia setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Penyelidikan MIROS meramalkan bahawa kemalangan maut akan mencatat 10,716 kematian pada tahun 2020 berbanding dengan purata 6,915 kematian tahunan pada tahun-tahun kebelakangan ini." - Sumber : New Straits Times Online, 9 Julai 2014.

Hubungi kami di info. teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.
Kembara dengan tenang, Pulang tanpa kebimbangan

Pengembaraan ke tempat-tempat menarik seringkali menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah. Namun musibah tanpa diduga boleh menimbulkan kesulitan, samada perjalanan dibatalkan sehingga kehilangan bagasi atau kecederaan dialami. Jadikan kami teman perjalanan anda yang melindungi anda disetiap langkah. Jadikan pengembaraan anda sebagai satu kenangan dan pulang tanpa kebimbangan.

Dapatkan Takaful Kembara PA untuk anda dan keluarga sebelum perjalanan bermula.

Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk maklumat lanjut atau sebutharga.

Friday, February 26, 2016

Semak nilai pasaran terkini kereta anda

Kemudahan menyemak nilai pasaran terkini kereta anda. Perkhidmatan ini disediakan oleh MyCarInfo.

3 langkah mudah:-

1. Layari website MyCarInfo.
2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti Model kereta, CC engin dan sebagainya.
3. Tekan butang Go. Maklumat yang anda perlukan akan dipaparkan pada skrin.

Hubungi kami di info.teguhbistariservices@gmail.com atau 017-2379676 untuk pengiraan premium (bayaran sumbangan ) takaful motor anda.