Monday, October 31, 2011

Apa itu NCD?

Pelan takaful motor juga menawarkan pemegang pelan dengan diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount (NCD). Tawaran ini membolehkan pemegang pelan memperbaharui perlindungan mereka pada harga diskaun sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat pada tempoh setahun perlindungan tersebut. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk benar-benar memahami pelan takaful anda, terutamanya dari aspek pengecualian dan perlindungan tambahan pelan takaful anda.

Berapa jumlah NCD saya boleh dapat?

Pelanggan layak untuk mendapatkan peratusan NCD yang bersesuaian bagi jumlah sumbangan yang akan dibayar, berdasarkan kepada jenis kenderaan dan jumlah perlindungan.

Bagi kenderaan persendirian, peratusan NCD adalah dari 0% hingga 55%, manakala untuk motorsikal adalah dari 0% - 25%.

Bagaimana saya boleh sahkan kelayakan NCD kereta saya?

Alternatif cara yang dicadangkan adalah melalui SMS, mengikut langkah-langkah berikut.

Langkah 1.

Taip ISMNCD<jarakkan><No. Plat Kereta Anda><jarakkan><No. IC anda>

Langkah 2.

Hantar ke 36600

Langkah 3.

Anda akan menerima maklumbalas daripada ISM NCD beserta maklumat anda.

RM2.00 NCD 55% for ABC1234 and 761010021223 eff 21/09/2012 with ETIQA TAKAFUL. Get rpt at www.ism.net.my with code C31300.

Jika SMS anda tidak berjaya, anda akan menerima maklumbalas seperti berikut.


RM0.30 NCD enquiry for and does not MATCH record in system.
Kindly check info and resend/contact your insurer directly.

Nota.

1. Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM2.00.
2. Normal telco charges apply.

No comments:

Post a Comment